Kualiti Penandaan Dalam Pentaksiran Pendidikan by Muhammad Firdaus Mohd Noh ( Author )
, Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore ( Author )
Apakah impaknya jika pentaksir yang dilantik untuk menanda jawapan calon pelajar menanda dengan kualiti berbeza? Bagaimanakah penandaan yang dihasilkan oleh pentaksir boleh dinilai secara psikometrik? Apakah realiti penandaan dalam bidang pendidikan di Malaysia? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan tersebut dengan membawakan perbincangan berkenaan kualiti penandaan yang dihasilkan oleh guru-guru. Dengan berpaksikan kepada teori dan model berkaitan pentaksiran, kualiti penandaan dibincangkan dalam ruang lingkup pentaksiran subjektif yang membenarkan pentaksir menggunakan pertimbangan professional di samping merujuk kepada rubrik yang disediakan. Dengan memanfaatkan model pengukuran Rasch pelbagai faset (MFRM), penandaan yang dihasilkan oleh pentaksir dianalisis bagi meneliti kualiti penandaan. Indikator-indikator seperti ketegasan dan kesepadanan pentaksir dihuraikan dengan lebih mendalam bagi menentukan sejauh mana seseorang pentaksir berupaya mentaksir dengan baik. Buku ini ditulis khas untuk golongan yang terlibat secara langsung dalam bidang penandaan pendidikan khususnya guru-guru, bakal guru, para pentaksir, pensyarah dan pembangun pentaksiran. Buku ini amat bersesuaian untuk dijadikan sumber rujukan dalam memahami bagaimana penandaan boleh dinilai dan dianalisis seterusnya ditambah baik bagi melahirkan pentaksir berkualiti.
Penerbit UKM
2023-06-06
978-629-7547-12-1
Education & Teaching
epub
File Size 2,333.23 KB
Bahasa Melayu
RM 25.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search