Penyelidikan Saintifik Marin Di Malaysia Menurut Undang-Undang by Nurazka Afifah Norhairul ( Author )
, Wan Siti Adibah Wan Dahalan ( Author )
Buku ini membincangkan tentang kekurangan yang terdapat di dalam sistem perundangan Malaysia yang mengawal pelaksanaan penyelidikan saintifik marin di dalam kawasan perairan Malaysia. Setakat hari ini, hanya terdapat dua peruntukan yang berkaitan dengan penyelidikan saintifik marin, iaitu Akta Laut Wilayah 2012 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984. Perkara ini memberikan masalah kepada pengawalan penyelidikan saintifik marin di Malaysia. Selain itu, penulis juga menghuraikan mengenai konvensyen antarabangsa yang berkaitan dengan penyelidikan saintifik marin, mengkaji dan membuat perbandingan antara peruntukaan undang-undang Malaysia dan negara li iaitu Republik Cyprus dan Republik Rakyat China dan memberikan cadangan penambahbaikan kepada kekurangan yang terdapat dalam undang- undang di Malaysia. Penulis dapat mengenal pasti beberapa kekurangan yang ada dalam sistem perundangan kita iaitu ketiadaan akta yang spesifik, hanya terdapat undang-undang yang meregulasi penyelidikan saintifik marin di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif dan pelantar benua sahaja, ketiadaan jawatankuasa khas yang mengawal aktiviti penyelidikan saintifik marin dan kesukaran untuk mengakses hasil penyelidikan. Cadangan penambahbaikan dalam mengatasi kekurangan ini ialah Malaysia perlu menggubal akta yang spesifik di setiap kawasan zon maritim, akta tersebut perlulah dikawal selia oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan di bawah kuat kuasa akta itu sendiri dan perlu kepada pembentukan satu pangkalan data atau sistem berpusat yang mengumpulkan semua hasil penyelidikan yang telah dijalankan di dalam kawasan maritim perairan Malaysia.
Penerbit UKM
2023-01-17
978-967-251-831-0
Law
epub
File Size 1,482.43 KB
Bahasa Melayu
RM 17.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search