Pemerkasaan Komuniti Luar Bandar Melalui Industri Pelancongan by Jabil Mapjabil ( Editor )
, Ahmad Puad Mat Som ( Editor )
, Mazdi Marzuki ( Editor )
Pelancongan adalah salah satu sektor ekonomi yang berupaya menjadi pemangkin terhadap pemerkasaan komuniti luar bandar. Terdapat pelbagai ciri tarikan yang boleh dibangunkan sama ada berkonsepkan alam sekitar fizikal mahupun budaya. Berdasarkan potensi ini, komuniti di luar bandar dapat diperkasakan melalui pembangunan pelancongan terutamanya produk yang berasaskan komuniti. Di Malaysia, pembangunan pelancongan di luar bandar boleh diteliti daripada pelbagai perspektif dan fokus kajian. Antaranya peranan wanita, penglibatan koperasi dalam menjayakan pelancongan berasaskan komuniti, sumbangan dan pengaruh program homestay serta beberapa isu khusus seperti perana komuniti nelayan, pembangunan pelancongan warisan berasaskan kearifan komuniti, peluang dan cabaran penglibatan komuniti dalam pembangunan pelancongan sukan dan ekopelancongan. Sehubungan itu, keperluan terhadap penerbitan hasil karya ilmiah dalam bidang ini adalah relevan dan signifikan. Buku Pemerkasaan Komuniti Luar Bandar melalui Pelancongan ini menghimpunkan dua belas artikel dengan memberikan tumpuan kepada dua isu iaitu pemerkasakan komunti dan pembangunan pelancongan. Buku suntingan ini sesuai dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan pengajian tinggi seperti pensyarah, penyelidik, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah mahupun mereka yang terlibat dalam pengurusan dan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan bidang pelancongan, pembangunan pulau dan pelancongan pulau. Buku ini turut sesuai untuk bacaan umum dan rujukan tambahan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam industri pelancongan pulau termasuklah pendidik dan pelajar sekolah menengah.
Penerbit UMS
2023-05-18
9789672962861
Politics & Social Sciences Reference
pdf
File Size 9,186.77 KB
RM 25.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search