Dakwah dan Cabaran Semasa by A'dawiyah Ismail ( Author )
, Salasiah Hanin Hamjah ( Author )
, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani ( Author )
Dunia dakwah hari ini berhadapan dengan isu dan cabaran. Hal ini memerlukan kepelbagaian kaedah dalam segala aspek termasuklah menerusi pendekatan, ilmu dan kemahiran yang selari dengan prinsip Islam bagi menjadikan usaha dakwah lebih berkesan dan sesuai dengan tuntutan zaman yang sentiasa berubah. Buku ini membincangkan mengenal pendekatan dakwah dalam pelbagai bidang termasuklah bidang kaunseling, komunikasi, wanita, warga tua dan didikan. Dalam aspek kaunseling misalnya dibincangkan mengenal aplikasi kemahiran kaunseling bagi membina keluarga sejahtera. Perbahasan mengenai cabaran perkahwinan dalam kalangan saudara baharu juga dipaparkan dalam aspek keluarga. Filem medium dakwah juga turut dibincangkan selari dengan perkembangan media dakwah yang semakin pesat, Penelitian terhadap kesejahteraan warga tua, wanita dan masyarakat turut ditekankan bagi menjelaskan kepelbagaian dimensi dakwah yang mencakupi pelbagai lapisan masyarakat. Perbincangan juga mengenal pemikiran tokoh agar pendekatan dakwah yang ditonjolkan dapat menjadi panduan dalam aspek pendidikan pada masa kini. Adab menghadapi musibah dibahaskan agar manusia menghadapinya dengan sabar dan tabah. Buku ini sesuai dibaca oleh pelbagai peringkat masyarakat bagi menggambarkan kepelbagaian pendekatan yang relevan dalam manjalankan misi dakwah. Buku ini juga bermanfaat untuk dijadikan rujukan oleh pelajar di peringkat sekolah menengah mahupun kepada mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi. Semoga buku ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang mansbacanya dan seterusnya dapat membantu dalam membina masyarakat yang sejahtera yang dapat digarap dengan pendekatan dakwah yang lebih efisen.
Penerbit UKM
2023-03-16
978-967-251-864-8
Education & Teaching
epub
File Size 1,017.74 KB
Bahasa Melayu
RM 30.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search