Pembajaan Biostimulan Dan Rawatan Anggur. Siri 2 by Bohari M Yamin ( Author )
, Nor Wahida Awang ( Author )
, Akhmad Endang Zainal Hasan ( Author )
Usaha gigih penanam individu anggur di Indonesia dan Malaysia mula menunjukkan kejayaan sejak sekitar tahun 2000. Kerjasama kerajaan Ukraine-Indonesia menghasilkan beberapa benih anggur hidangan (table grapes) yang manis seperti Ninel, Transfigurasi, Bikonor, Dixon Dubovsky.pink Veles, Gosvi, Harold dan lain-lain telah berjaya ditanam dan memberikan buah yang manis hampir menyerupai negara asalnya. Anggur Jupiter yang berasal dari Amerika walaupun saiz buahnya kecil mempunyai kemanisan beraroma yang istimewa sat digemari ramai orang. Pokoknya sangat mudah berbuah dan amat digalakkan kepada pemula. Hari ini penanaman anggur di cuaca tropika bukan lagi sesuatu yang mustahil. Thailand juga telah berjaya menghasilkan banyak buah anggur termasuk yang mahal harganya seperti shine muscat dan moondrop yang terkenal dari Jepun sementara penanam di Malaysia dan Indonesia masih mencari protokol yang mantap. Pemula harus memberi perhatian kepada aspek tanah atau medium yang gembor dan berongga (poros) dan subur sebelum mula menanam. Dalam cuaca panas dan hujan serta kelembapan yang tinggi rawatan daripada gangguan serangga dan kutat (fungus) sangat penting. Pokok boleh terbantut dan mati oleh serangga dan kulat yang merosakkan daun, batang dan akar. Penanaman dalam rumah hujan boleh mengurangkan kos dan tenaga rawatan. Baja kimia NPK dan mikrounsur yang lain masih menjadi pilihan baja (pupuk) yang mudah diperolehi dan diaplikasi. Nisbah unsur dalarn formulasi baja mengikut umur pokok dan keadaan tanah merupakan kajian yang berterusan Baja organik adalah pilihan yang terbaik untuk jangkamasa panjang. Biostimulan merupakan suplemen atau boja tambahan untuk memecut pertumbuhan pokok dan merubah sifat dan kualiti buah walaupun pada kuantiti yang sedikit sahaja. Pencantasan daun dan ranting sangat penting difahami dalam penanaman anggur. Ada cantasan dilakukan untuk mengimbangi pertumbuhan dan kanopi pokok dan yang lebih penting cantasan untuk membentuk batang baru dan pembungaan. Walaupun hari ini menanam anggur tidak lagi sukar seperti dahulu, anda harus mencuba untuk dapat merasakan cabarannya dan menikmati kamanisan dan kerangupan anggur yang anda tanam sendiri. Buah anggur adalah hush syurga yang juga disebut dalam al-Quran. Pengalaman yang singkat ini kami kongkan khas kepada kawan-kawan pemula dalam buku yang sederhana inl
Penerbit UKM
2023-03-16
978-967-251-857-0
Reference
epub
File Size 5,343.87 KB
Bahasa Melayu
RM 35.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search