Riwayat-Riwayat Sahih Asbab Al-Nuzul Di Dalam Tafsir Nurul Ihsan by Mohd Nazri Ahmad ( Author )
, Mohd Faizulamri Mohd Saad ( Author )
Riwayat-riwayat Sahih Asbab al-Nuzul di dalam Tafsir Nurul Ihsan merupakan sebuah buku yang membicarakan tentang kedudukan Asbob al-Nuzul yang terkandung dalam Tafsir Nurul Ihsan. Tafsir ini merupakan karya daripada sarjana dan ilmuan Islam tersohor, iaitu Muhammad Sa'id Umar yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu. Di dalam Tafsir Nurul Ihsan, terdapat 174 riwayat Asbob al-Nuzul yang dinukil oleh Muhammad Sa'id. Kajian-kajian terdahulu telah dijalankan terhadap tafsir ini, namun kajian-kajian tersebut tidak memfokuskan kepada Asbob al-Nuzul. Secara umumnya, Asbab al-Nuzul terbahagi kepada al-Dirayah dan al-Riwayah. Al-Dirayah adalah ilmu asas Asbob al-Nuzul seperti definisi, rujukan, sumber dan adakah pengajaran berdasarkan lafaz umum atau sebab khusus. Perbincangan ini dikupas dalam kitab-kitab "Ulum al-Qur'an seperti al-Burhan oleh al-Zarkashiy, al-Itqan oleh al-Sayütiy, Maböhith fi Ulum al-Qur'an oleh Manna al-Qattan dan Mabahith fi "Ulüm al-Qur'an oleh Dr. Subhi Salih. Asbab al-Nuzul al-Dirayah ini berkait rapat dengan ilmu Usul al-Fiqh, kerana peranan Asbab al-Nuzul dalam mentafsirkan al-Quran menyamai peranan al-Sunnah dalam pentsiran al-Quran. Manakala al-Riwayat ialah ilmu untuk mengkaji riwayat-riwayat yang berkaitan Asbáb al-Nuzul serta memahaminya. Secara dasarnya, Asbob al-Nuzul adalah sesuatu yang tauqifiy, ruang untuk berijtihad ditutup sama sekali. Hanya sahabat yang menyaksikan penurunan wahyu sahaja diberikan autoriti untuk bercakap mengenai Asbab al-Nuzul. Semoga buku ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada peminat ilmu al-Quran, terutamanya dalam bidang tafsir seterusnya menjadi pemangkin kearah memperbanyakkan lagi penulisan ilmiah di dalam bidang ini.
Penerbit UKM
2022-11-08
978-967-251-607-1
Islamic and Al-Quran
epub
File Size 10,768.17 KB
Bahasa Melayu
RM 28.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search