Pengantar Sains Sosial (UUM) by Tuan Pah Rokiah Syed Hussain ( Editor )
, Sharifah Sofiah ‘Atiqah Syed Ibrahim ( Author )
, Wahida Ayob ( Author )
, Hamidi Ismail ( Author )
Buku ini menyentuh pengkajian berkaitan ilmu pengetahuan manusia dalam Sains Sosial. Bidang ilmu Sains Sosial ialah suatu disiplin akademik yang membincangkan perihal kemanusiaan dalam konteks fenomena sosial termasuklah perubahan peradaban dan tamadun. Ini merangkumi hal berkaitan kehidupan sosial dan pola tingkah laku yang mengalami perubahan berdasarkan perkembangan tamadun manusia. Selain itu, bidang ilmu sains sosial merupakan bidang pengkajian ilmu yang sangat luas dan kompleks. Oleh sebab itu, penulisan ini memfokuskan disiplin-disiplin atau bidang-bidang sains sosial lebih khusus. Antara topik yang dibincang dalam buku ini ialah Pengenalan Sains Sosial, Psikologi, Sosiologi, Agama, Komunikasi, Ekonomi, Politik Organisasi, Pengurusan Organisasi, Organisasi Masyarakat, Politik, Hak Asasi Manusia dan Politik Ekonomi. Sains Sosial sangat penting bagi membolehkan ahli falsafah, pemikir dan saintis mengkaji masyarakat dan tingkah laku manusia menggunakan kaedah daripada setiap disiplin ilmu sains sosial. Ilmu yang didapati daripada penyelidikan oleh saintis adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat yang kemudiannya dipelajari oleh mahasiswa dan mahasiswi secara pengajian akademik di universiti. Pengetahuan ini membolehkan pelajar daripada disiplin ilmu sains sosial menganalisis masyarakat amnya dan manusia khususnya menerusi pembacaan, pemahaman dan kajian mereka ke atas manusia, masyarakat, budaya dan tamadun di seluruh dunia.
UUM Press
2023-11-05
9786297582238
Politics & Social Sciences Education & Teaching
pdf
File Size 24,212.52 KB
Bahasa Melayu
RM 15.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search