CALON MENANTU CIKGU HAWA by AZIMAH LILY ( Author )
Kedatangan Tok Ma Midah yang membawa hajat membuatkan hidup Talia kucar-kacir. Di usia yang muda ini, Talia tak pernah terfikir untuk berkahwin lebih-lebih lagi Talia masih mencari pekerjaan selepas tamat belajar. Ibu bapa Talia menentang keras hajat neneknya. “Patutnya mama bincang dulu dengan kami. Ini tak, mama sesuka hati saja setuju bagi pihak Talia.” – ENCIK WAHID “Mama, soal kahwin ni perkara serius. Talia muda lagi. Baru jer habis belajar…. Kerja pun belum lagi.” – PUAN ETON “ Talia cucu aku. Dah tentu aku nak yang terbaik untuk Talia. Lagipun bukan Talia seorang saja calon isteri untuk Amir. Ada dua orang lagi calon isteri untuk Amir.” – TOK MA MIDAH Walaupun ditentang keras oleh Encik Wahid dan Puan Eton, Tok Ma Midah tetap tak berganjak dari keputusan. Talia serba salah dan tersepit antara dua pihak. Dalam masa yang sama, Talia tak mahu ibu bapanya bergaduh besar dengan neneknya disebabkan dirinya. Akhirnya, Talia setuju untuk elakkan perbalahan dalam keluarganya berterusan. Talia menceritakan masalahnya pada dua orang rakan baiknya, Mona dan Meera. Hakikatnya, Talia tak bersedia untuk berkahwin malah Talia ada impian yang ingin dikecapi sebelum fikirkan kehidupan berumahtangga. “ Weiii…. Aku dah dapat idea, confirm mesti Cikgu Hawa takkan pilih kau jadi menantu.” – MEERA “Kau ni biar betul, Meera! Kalau family Cikgu Hawa tahu, nanti jadi masalah besar pulak.” - MONA Idea Meera disambut baik oleh Talia. Asalkan dirinya tak terpilih jadi menantu Cikgu Hawa, Talia sanggup buat apa saja asalkan rancangannya berjaya walaupun Talia sedar risikonya jika keluarga Talia tahu. Tibanya Talia di rumah Cikgu Hawa, Talia mulakan rancangannya. Talia berkenalan juga dengan dua orang calon lagi bernama Sakinah dan Mahfuzah. Sepanjang Talia tinggal di situ, Cikgu Hawa kurang senang dengan kehadiran Talia. “Abang nampak tadi kan, dia tak bersalam langsung dengan Hawa dan Aini. Tak ada adab langsung. Dia dengan Sakinah jauh berbeza.” – CIKGU HAWA “ Biar betul Talia tu anak Wahid. Wahid kan tegas orangnya. Mustahil Wahid biarkan anaknya jadi macam tu….” – CIKGU DIN Rancangan Talia mula menunjukkan hasil namun Talia tak dapat sembunyikan rasa bersalahnya. Kepulangan Amir mula buat rancangan Talia bergelora lebih-lebih lagi Talia pernah jumpa Amir sebelum ini. Talia berharap sangat Amir tidak mengenali dirinya. “ Hi, saya Amir. Nice meeting you.” – AMIR “ Matilah aku kali ini….” - TALIA Layanan Amir pada Talia menyebabkan Sakinah mula cemburu. Timbul salah faham sehingga menyebabkan Talia dihalau oleh Cikgu Hawa. Apakah yang berlaku sebenarnya sehingga Talia dihalau Cikgu Hawa? Bagaimana reaksi keluarga Talia selepas mendapat tahu hal sebenar yang berlaku sepanjang Talia tinggal di rumah Cikgu Hawa? Adakah salahfaham antara Talia dan Cikgu Hawa terungkai akhirnya? Siapa pilihan Amir untuk dijadikan isteri?
ILHAM SANTAI ENTERPRISE
2021-02-15
978-967-28090-01-2
Romance
pdf
File Size 2,234.95 KB
Bahasa Melayu
RM 18.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search