PASRAH CINTA MARYAM by CIK TET ( Author )
Yam cintakan Izz setengah mati. Namun, kerana hati busuk orang lain, Yam terpaksa melepaskan walaupun hatinya teruk terluka. "Yam minta maaf. Yam tak cintakan abang lagi. Bahagia Yam, bukan dengan abang. Jangan cari Yam lagi dan jangan muncul depan Yam lagi.”-Maryam Mulut melafazkan benci, tapi pada hakikatnya...setiap hari Yam tunggu Izz datang untuk membawanya pergi dari derita yang ditanggungnya. Namun harapannya hanya tinggal harapan. Si dia pergi bersama luka dan kecewa yang bukan sedikit. "Abang akan pastikan, Yam menyesal sebab dah khianati cinta kita. Tolong jangan muncul di depan mata abang lagi. Abang benci untuk menatap seraut wajah yang dah hancur lumatkan hati abang.”-Izz Adam Di saat Yam hampir jatuh tersungkur, muncul seseorang yang telah memberi sinar baru dalam hidupnya. Bagi Yam...nyawa pun dia sanggup serahkan untuk orang yang dah banyak berjasa kepadanya itu. Izz muncul kembali di depan mata, namun kedatangannya bukan untuk Yam. Izz muncul untuk orang lain. Mencipta bahagianya di depan mata Yam seolah-olah Yam itu batang kayu yang tak ada perasaan. "Kau cemburu aku nak bertunang dengan Mia?"-Izz Adam "Cemburu itu kalau abang masih hak Yam. Kini, sayang dan cinta abang bukan lagi milik Yam."-Maryam Yam terima semua itu demi melihat kebahagiaan orang yang dia sayang. Walaupun hatinya menangis, namun bibir tetap mengukir senyum indah. Satu kejadian yg tak diingini berlaku, memaksa Yam kembali ke lembah derita. Air mata menjadi peneman bila hatinya dirobek setiap saat. "Aku hanya jalankan tanggungjawab aku sebagai suami selagi kau bergelar isteri aku. Aku tak nak digelar suami yang dayus walaupun terpaksa melihat wajah yang teramat aku benci."-Izz Adam Sukarnya untuk terus bertahan bila menjadi insan yang paling dibenci oleh si dia yang teramat Yam sayangi. "Yam akan tetap sayangkan abang walaupun Yam terpaksa melepaskan abang untuk sekali lagi."-Maryam
KASEH ARIES PUBLICATION
2021-04-30
9789672035763
Romance
epub
File Size 558.01 KB
Bahasa Melayu
RM 15.00
RM 5.00
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search