Duka Bersulam Cinta Vol1&2 by Akim Halim ( Author )
Pulang saja dari London, tup-tup dipaksa kahwin oleh keluarga. Siapa yang tidak terkejut? Namun sebagai anak dia redha dengan kehendak keluarganya itu. Apa yang penting, kebahagian orang tuanya itu diutamakan. Tengku Asmat Liyana: Boleh dikatakan seorang yang happy go lucky. Namun semuanya berubah. Selepas berkahwin, hidupnya berpusing 360 darjah. Dirinya dilayan lebih hina daripada anjing kurap disebabkan oleh sebuah salah faham. Bahkan disebabkan salah faham itu juga dirinya dibuang oleh keluarganya. Akhirnya dia pergi membawa diri demi untuk kebaikan semua pihak. “Abang, bangunlah. Liya datang bang. Kenapa abang tak hiraukan Liya? Hina sangat ke Liya ni bang? Jijik sangat ke Liya sampai abang tak nak bukak mata pandang Liya?” - Liya Megat Uzair Ameer: Lelaki pantang dicabar. Egonya lebih tinggi daripada segalanya. Isterinya itu dikahwini hanya semata-mata untuk membalas dendam. Namun kekhilafan diri terhadap isterinya itu membuatkan dirinya sedar yang dia perlukan cinta, bukannya ego. Dalam terang dia buta, cinta isterinya itu dipersia-siakan begitu saja. Tapi apa yang pasti, cinta itu akan kembali kepadanya. “Liya, Jangan tinggalkan abang sayang. Jangan buat abang macam ni. Maafkan abang sayang, maafkan abang. Abang tahu abang salah. Abang khilaf dalam menilai cinta sayang. Abang ego, abang cemburu. Disebabkan cemburu buta abang tu, abang sanggup seksa sayang. Abang kejam Liya.” - Uzair Namun, menawan kembali hati yang terluka tidaklah sesenang yang disangka. Malah lebih sukar dari apa yang dibayangkan. Dengan munculnya Fakhrul Izzuan pula, keadaan menjadi lebih rumit. Uzair terpaksa bersaing dengan sahabatnya itu sendiri demi menawan hati sang isteri. Namun untuk dirinya mengalah tidak mungkin sama sekali. Pelbagai cara diguna pakai untuk memujuk isterinya itu sehinggakan Liya sendiri tidak mampu untuk menepisnya. “Nak kena tampal tanda dulu ke? ‘Orang ini bukan untuk dijual.’ Baru faham?” - Liya “Tak letak tanda pun abang dah tahu. Ada tanda hak milik kekal abang dekat diri Liya tu. Nak abang tolong tunjukkan ke?” - Uzair Persoalannya, apakah yang telah Uzair lakukan sehingga isterinya itu membawa diri? Siapakah pula Aryan Zafriel dalam hidup Liya dan siapa Liya sebenarnya? Dapatkah pula Uzair menawan kembali hati isterinya itu? Bagaimana pula kesudahan hubungan Uzair dengan kekasihnya Julia? Semuanya akan terjawab di dalam Duka Bersulam Cinta.
Penerbitan Anaasa Plt
2022-10-26
e ISBN 978-967-2787-07-5
Romance
pdf
File Size 47,357.37 KB
Bahasa Melayu
RM 25.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search