Janji Dhea by Melati Shafika ( Author )
ZAIDAN Afnan, anak sulung kepada Puan Saza dan Azad Kamarul, terperangkap dan dituduh berkhalwat ketika cuba menyelamatkan seorang perempuan yang tidak dikenali bernama Dhea. Penjaga Dhea ketika itu telah mengugut keluarga Zaidan, dan meminta wang habuan untuk menutup mulut jika tidak dia akan menyebarkan maklumat tentang insiden tersebut ke media sosial. Tapi, Puan Saza menolak tawaran itu malah menghalau orang tua tersebut. Bagi dia, masalah tidak akan selesai dengan memberikan wang ringgit seperti yang diminta. Bimbang maklumat itu tersebar dan menjadi fitnah, lebih baik menjadikan Dhea sebagai menantu keluarga. Malangnya Zaidan menentang cadangan tersebut lalu menghilangkan diri. Tempat Zaidan akhirnya digantikan oleh Thaqif yang tidak tahu akan kisah sebenar. Thaqif, anak kedua keluarga itu walaupun tidak bersetuju namun dia tidak pernah ingkar dengan permintaan umi dah ayahnya. Masalah Thaqif dia tidak percayakan Dhea, dalam masa yang sama lelaki itu masih mengejar dan mengharapkan cinta Farisha. Farisha pula sudah lama melupakan lelaki itu. Ketika Thaqif cuba mendapatkan perhatian Farisha, sahabatnya Ahmad Khalish pula cuba memikat Dhea. ~Dhea Zalia~ “Walaupun dia tidak pernah cintakan Dhea, dan mungkin tidak akan pernah punya perasaan itu, Dhea akan tetap setia, Dhea akan tetap berada di sisi biarpun Dhea tak pernah kelihatan di mata dia, Dhea akan buat apa saja asalkan dia bahagia.” ~Thaqif Ariffin~ “I don’t know, a part of me want her to stay. Another part of me want to get rid of her. Tapi semakin aku cuba menjauh, semakin dekat aku kepadanya.” ~Farisha Jasmine~ “Kenapa harus menikah hanya untuk disakiti atau untuk menyakiti? You know well that you gonna hurt her if you still acting like this?” ~Ahmad Khalish~ “Let her go. Why are you keeping her when your heart is somewhere else. Let someone else take care of her.”
AmyDhea Publishing
2022-11-10
978-967-15881-85
Literature & Fiction Romance Romance
pdf
File Size 1,126.13 KB
Bahasa Melayu
RM 15.00
RM 3.00
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search