Antologi Cerpen: Melerai Rindu (UUM) by Hasan Baseri Budiman ( Author )
Melerai Rindu muncul dalam keghairahan Angkatan Sasterawan Nasioanal Kedah (ASASI) mahu melahirkan kelompok penulis pelapis di Kedah yang mungkin ada dalam kalangan mereka yang agak baharu dalam genre ini. Namun melihatkan kepada kegigihan dan kesungguhan mereka untuk mencapai kejayaan yang besar, 13 buah cerpen hasil tulisan sembilan orang penulis ASASI yang sedang mencipta nama dalam dunia penulisan tanah air ini boleh memberi makna yang cukup besar dalam perkembangan sastera tanah air. Pemikiran feminisme yang mereka tonjolkan di dalam antologi ini mungkin tampaknya seperti sudah membudaya cengkaman patriarki ke atas kaum perempuan, sehingga perempuan harus berjuang keras untuk menunjukkan eksistensi dirinya di mata dunia, tetapi sebenarnya ia tetap sebuah didaktisisme dalam karya yang tujuan tidak lain hanya mahu memberi pendidikan dan pengajaran kepada pembaca. Percayalah Antologi Melerai Rindu bukannya sebuah bacaan ringan yang ditulis sekadar memenuhi ruang kreativiti ASASI, kerana di dalamnya nanti anda akan menemui sebuah penghasilan yang memiliki kebijaksanaan dan kearifan yang akan membolehkan pembaca dapat mengambilnya sebagai teladan.
UUM Press
2017-05-07
9789672064008
Literature & Fiction Comics & Graphics Novels
epub
File Size 2,917.23 KB
Bahasa Melayu
RM 16.10
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search