Menantu Terbaik Dari Ladang by Melati Shafika ( Author )
Bila emak engkau nak kau bawa balik calon menantu, bila emak kau nak calon itu seperti Mas’od menantu pilihan yang tak jadi, dan emak kau nak sebelum tahun baru menjelang, engkau be like, mana nak cari? Kalut Aya mencari, siap nak buat confession dekat laman sosial, siap nak mendaftar diri dalam laman cari jodoh, siap cuba buat jejak kasih dengan sahabat lama, Hafizz Elsad yang terputus hubungan dengannya selepas tamat pengajian. Aya kalau boleh nak bawa calon menantu hatta yang fake pun biarlah orang yang dia boleh ‘klik’ seperti Elsad. Ketika Aya buntu, Abang Joe sepupu Hasya teman serumahnya itu muncul menyelamatkan keadaan. Segala perancangan diatur Abang Joe sebab lelaki itu mempunyai misi sendiri mahu mendapatkan kembali tunangnya yang lari sehari sebelum majlis pernikahan. Kata Abang Joe, kita kena bercinta jika ingin orang ramai percaya kita sepasang kekasih. Pada masa yang sama Elsad tiba-tiba muncul, mahu Aya bekerja dengannya. Kemunculan Elsad sebenarnya mahukan Aya menjadi miliknya. Walaupun lelaki itu sering memberi hint tentang perasaannya terhadap Aya, Aya beranggapan ia cuma sekadar gurauan Elsad kerana Elsad sudah berpunya. Kata Elsad pada Aya, let’s just fall in love for the heck of it, dia kata dia tak boleh berhentikan adrenaline yang keep on rushing setiap kali bersua dengan Aya. Segalanya menjadi huru-hara bila emak dapat tahu siapa Abang Joe yang sebenar. Abang Mas’od pula tiba-tiba mahu meminang Aya untuk dijadikan isteri kedua. Bimbang dengan kesudahannya Aya meminta bantuan Elsad untuk menyamar menjadi kekasihnya. Elsad bersetuju dan merasakan itulah peluang keemasan yang ditunggu-tunggu.
AmyDhea Publishing
2021-03-01
978-967-15881- 4-7
Literature & Fiction Romance Romance
pdf
File Size 2,660.02 KB
Bahasa Melayu
RM 15.00
RM 2.00
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search