RANGKA KERJA PERANCANGAN BANDAR DI MALAYSIA by Faizah Ahmad et.al ( Author )
Profesion Perancangan Bandar adalah sangat penting untuk memastikan kemapanan pembangunan tanah. Kefahaman asas yang mantap dan kebolehan mempraktikkan ilmu perancangan bandar dalam merancang, mengurus dan mengawal pembangunan tanah diperlukan oleh semua pihak yang terlibat dengan pembangunan tanah sama ada di sektor awam mahupun swasta. Buku yang mengandungi enam bab ini memberi penerangan tentang definisi perancangan bandar hinggalah kepada aspek amalan perancangan bandar di Malaysia. Bab-bab telah disusun memberikan fokus kepada sistem dan proses perancangan di Malaysia dengan menyingkap sedikit rentetan sejarah yang membawa kepada sistem perancangan sedia ada. Diharapkan penyusunan bab-bab tersebut memudahkan pembaca memahaminya dan membuat rujukan seterusnya. Penulis mengharapkan agar buku ini dapat menjadi bahan rujukan yang berguna kepada para pensyarah, pelajar-pelajar yang berkaitan dengan perancangan bandar, pengamal perancang bandar dan pentadbir bandar amnya. Gabungan sorotan karya dan pengalaman penulis merupakan kekuatan buku ini.
UNIVERSITI MALAYA PRESS
2014-04-15
978-983-100-703-7
Architecture
Architecture General
Hardcopy
1 KG
158
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.